Teknologi dalam pendidikan telah didefinisikan oleh pelbagai badan pendidikan dunia dalam pelbagai perspektif serta konteks keperluan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Majlis Teknologi Pendidikan, United Kingdom mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu pembentukan, penerapan, dan penilaian sistem, teknik dan bantuan untuk memperbaiki proses pembelajaran (CET, 1979).
Pusat Kebangsaan Pembelajaran Terancang, United Kingdom pula mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai penerapan ilmu saintifik mengenai pembelajaran dan juga syarat pembelajaran untuk memperbaiki keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan latihan (Cowen, 1980). Suruhanjaya Teknologi Pengajaran, USA sebaliknya mendefinisikan teknologi dalam pendidikan sebagai suatu cara yang sistematik untuk merekabentuk, melaksana, dan menilai keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif khusus, berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran manusia dan komunikasi dengan menggunakan gabungan sumber manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang berkesan (Bjerstedt, 1972).
Definisi pertama menegaskan teknologi dalam pendidikan adalah satu alat; definisi kedua memberi penerapan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan definisi ketiga mengatakan teknologi dalam pendidikan adalah satu bentuk sains atau cara yang sistematik dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, Sekalipun ketiga-tiganya memberi penekanan yang berbeza, tetapi satu unsur yang tidak dapat ditinggalkan daripada semua definisi tersebut adalah tujuan teknologi dalam Pendidikan untuk memperbaiki pencapaian dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sesebuah bilik darjah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu alat, prinsip dan pendekatan saintifik dalarn merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi yang dapat membuka jalan kepada pelajar untuk menguasai atau memperolehi matlarnat pembelajaran yang telah dirancang oleh sesuatu kurikulum atau mata pelajaran.
Definisi ini juga tidak boleh meninggalkan keperluan terhadap peralatan tertentu seperti bahan bercetak, bahan multimedia, bahan elektronik dan bukan elektronik yang lain dalam membantu pendidik mencapai matlamatnya. Sehubungan dengannya, guru literasi Bahasa Melayu mempunyai tanggung jawab besar dalam menerapkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Mereka bertanggung jawab dalam menentukan pelbagai objektif pengajaran mahupun memilih pendekatan dan teknik yang sesuai untuk mencapai setiap objektif tersebut dengan menggunakan teknologi. Guru perlu menentukan teknologi mana yang dapat membantu mereka dalarn langkah atau pelaksanaan pengajarannya supaya objektif yang telah dirancang dapat dicapai. Dalam soal ini, guru berperanan dalarn merancang, melaksana dan menilai keberkesanan sesuatu sesi pengajaran berbantukan teknologi terkini.
Guru perlu juga ingat bahwa peranan teknologi adalah untuk membantu melicinkan/memperlancar proses pengajaran dan pembelajaran dan bukannya menjadi kesulitan yang bersifat objektif dalam melaksanakannya. Ini bermakna, walau secanggih mana pun sesuatu teknologi itu dihasilkan pada masa ini tetapi ia tidak dapat menggantikan peranan guru dalarn suatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar